Pasukan Negeri

Pasukan Negeri

Selasa, 30 Mac 2010

Kenari sebelah kaki ke final FA

Di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Kedah memperoleh kelebihan apabila aksi bertenaga mereka berjaya membenam Terengganu 2-0.

Gol pembukaan skuad Kenari disempurnakan oleh Mohd. Faizal Abu Bakar pada minit ke-28.

Mohd. Fiazal bijak mengambil peluang akibat kesilapan pemain tengah Terengganu, Hariri Md. Safii, yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan penalti.

Azlan Ismail memastikan Kedah mendapat bekalan selesa menjelang pertembungan separuh akhir kedua di tempat sendiri, apabila menyumbat gol kedua Kedah pada minit ke-57.

Segala-galanya bermula apabila Azlan berjaya menyambar bola sepakan bebas Badrol Bakhtiar di dalam petak penalti, sebelum percubaannya tepat ke gawang.

Menyedari ketinggalan, Terengganu melakukan serangan balas menerusi percubaan Mohd. Ashaari Shamsuddin pada minit ke-63.

Pemain itu menerima bola hasil sepakan bebas Zairo Anar Zalani, namun tandukannya terkena tiang gol.

Dua minit kemudian, skuad Penyu sekali lagi gagal menyempurnakan serangan menerusi Mohd. Firdaus Fauzi.

Gerakan pemain itu lebih awal dihalang oleh pertahanan Kedah, yang membolehkan penjaga gol, Mohd. Helmi Eliza Elias mudah menampan bola.

Kedua-dua pasukan mempamerkan persembahan seimbang, apabila masing-masing membuat serangan bertubi-tubi pada perlawanan di atas padang licin, ekoran hujan lebat pada awal perlawanan.

Separuh masa pertama menyaksikan Kedah memulakan asakan, sehingga mendapat empat sepakan bebas, namun semua percubaan mereka gagal menembusi gawang.

Badrol Bakhtiar turut gagal menyempurnakan peluang hasil sepakan sudut pada minit ke-14, apabila percubaannya diselamatkan oleh penjaga gol Terengganu, Mohd. Sharbinee Allawee.

Perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsung Sabtu ini.



sumber http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm

Isnin, 29 Mac 2010

Pesanan Buat Sahabatku

12 WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untukmencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untukberdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:-
· Semasa Lailatul-Qadar.
· Ketika hujan turun.
· Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
· Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
· Di tengah malam.
· Di antara azan dan iqamah.
· Ketika sujud dalam solat.
· Ketika iktidal akhir dalam solat.
· Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
· Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan
· sepertiga akhir (waktu sahur).
· Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat keranamengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yangterletakdi antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
· Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

Rabu, 24 Mac 2010

Mentor Padang Lumat Fc

Kedah FA

Persatuan Bola Sepak Kedah (Football Association of Kedah) merupakan wakil negeri Kedah dalam pertandingan bola sepak di Malaysia. Stadium pasukan ini ialah Stadium Darul Aman di Alor Star. Kedah merupakan juara bertahan divisyen teratas Liga Malaysia, Liga Super Malaysia. Kedah juga merupakan juara bertahan Piala Malaysia dan Piala FA.

Kedah telah memenangi kejohanan liga tiga kali (1993, 2007 & 2008), Piala Malaysia empat kali (1990, 1993, 2007 & 2008) dan Piala FA tiga kali (1996, 2007 & 2008). Pencapaian Kedah menjadi johan tiga piala dua musim berturut-turut menjadikan Kedah selaku pasukan pertama Malaysia yang berjaya berbuat demikian.

Pencapaian

KejuaraanJuaraNaib Juara
Liga Juara-Juara AFC1994 (Pusingan Pertama)
Piala AFC2008 (Suku Akhir)
Piala Malaysia (4x)1990, 1993, 2007, 20081940, 1987, 1988, 1989, 1992, 2004
Divisyen 1/Perdana 1/Liga 1 (3x)1993, 2007, 20081994, 1996, 1997, 2003
Divisyen 2/Perdana 2/Liga Perdana (3x)1992, 2002, 20062005 (Kumpulan A)
Piala FA Malaysia (3x)1996, 2007,2008
Piala Sultan Ahmad Shah (2x)1991, 19941997, 2008

Kedudukan Kelab Dunia

1 Jun 2007 - 30 Mei 2008

BulanPosisiKedudukan
1 Jun 07 - 30 Nov 07395-
1 Jun 07 - 31 Dis 07346+49
1 Jun 07 - 31 Jan 08285+61
1 Jun 07 - 29 Feb 08288-3
1 Jun 07 - 31 Mac 08266+22
1 Jun 07 - 30 Apr 08145+121
1 Jun 07 - 31 Mei 08149-4
1 Jun 07 - 30 Jun 08163-14
1 Jun 07 - 31 Jul 08111+52
1 Sept 07 - 31 Ogos 08160-49

Nota: Kedudukan daripada IFFHS











Isnin, 15 Mac 2010

Penaja

Perlawanan bagi menentukan tempat ke 3 dan 4 akan diadakan pada 19.03.2010 ini. Persiapan untuk perlawanan tersebut telah diperkemaskan oleh pasukan Padang Lumat FC terutama diberi penekanan di bahagian serangan yang agak tumpul. Walaupun tewas di peringkat separuh akhir, namun moral setiap pemain tidak terganggu malah masih bersemangan untuk memenangi perlawanan berkenaan. Kembalinya beberapa pemain ke dalam pasukan setelah mengalami kecederaan dan digantung perlawanan. Diharapkan penyokong-penyokong Padang Lumat FC akan membanjiri Stadium Mini Pantai Murni, Yan.

Selepas melabuh tirai Piala Brig. Jen (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom, dikhabarkan terdapat satu(1) lagi Piala yang akan dipertandingkan. Pasukan mengharapkan beberapa penaja akan tampil untuk menaja pasukan ini bagi mengharungi beberapa piala sepanjang musim 2010.

Sabtu, 13 Mac 2010

Separuh Akhir

Terlebih dahulu TAHNIAH kepada pemain-pemain Padang Lumat FC yang telah membawa pasukan ini sehingga ke separuh akhir. Tidak lupa juga buat penyokong pasukan Padang Lumat FC yang sanggup turun bagi menyaksikan pasukan ini beraksi.

Pada hari Sabtu (13.03.2010) berlangsung separuh akhir Piala Brig. Jen. (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom yang dilangsungkan di Stadium Mini Pantai Murni, Yan, Kedah. Hujan mula turun mulai jam 4.30ptg, namun ia tidak merencatkan jadual perlawanan. Peminat bola sepak mulai membanjiri stadium mini mulai jam 4 ptg bagi tidak melepaskan peluang untuk menonton perlawanan yang hebat diantara Purnama Gemilang Vs Padang Lumat Fc.

Padang Lumat Fc turun dengan jersi tuah kuning biru manakala pasukan Purnama Gemilang pula turun dengan jersi hijau putih. Sepak mula dilakukan oleh Purnama Gemilang, walaupun beraksi dalam keadaan hujan pemain dapat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan keadaan padang yang agak licin. Perlawanan bermula dengan kedua-dua pasukan agak berhati-hati. Gol pendahuluan Padang Lumat FC menjelma hasil gerakkan cantik yang berjaya disudahkan oleh pemain sayap kanan Dzulfadli(jambu). Menuju 10 minit terakhir separuh masa pertama, sepakan percuma di tengah padang yang dilakukan oleh pemain Purnama Gemilang mendatangkan hasil apabila bola lambongan yang dilakukan tidak berjaya di tangkap kemas oleh penjaga gol Padang Lumat Fc.

Separuh masa kedua bermula dan hujan telah reda, kedua-dua pasukan rancak melancarkan serangan ke kubu lawan. Pada minit ke 65, gerakkan yang dilakukan oleh Padang Lumat Fc mendapat peluang namun penyudah yang sempuran tidak dapat dihasilkan. Kedudukan 1-1 sehingga tamat perlawana dan mengheret ke sepakan penalti. Kemenangan berpihak kepada pasukan Purnama Gemilang dengan 3-2.

19.03.2010 akan berlangsung perlawanan tempat ke 3 dan ke 4 manakala perlawanan akhir untuk merebut johon dan naib johon diadakan pada 20.03.2010.