Pasukan Negeri

Pasukan Negeri

Sabtu, 22 Mei 2010

Hajat Tidak Kesampaian

Bermula dalam cuaca mendung pada sebelah pagi pada kejohanan Piala Menteri Besar Kedah seolah-olah meratapi kemurungan pemain dan pengurusan pasukan DUN Sg. Limau(Padang Lumat FC). Pasukan DUN Sg. Limau dilihat menampilkan mutu permainan yang berlainan dari sebelum ini dengan menampilkan beberapa muka baru.

DUN Sg. Limau beraksi pada perlawanan ke 3 dimana menentang DUN Bakar Arang. Sebelum turun untuk beraksi menentang DUN Sg. Limau, DUN Bakar Arang telah menetang pasukan DUN Bukit Selambau dimana pasukan DUN Bakar Arang telah tunduk kepada DUN Bukit Selambau dengan jaringan 1-3.

Pasukan DUN Sg. Limau turun dengan jersi serba hitam dan dibantu oleh Nizam Adha Yusoff dalam mengatur strategi. Perlawanan berlangsung agak hambar pada separuh masa pertama di mana gol tidak dapat dijaringkan. Selang beberapa minit bermula separuh masa ke dua, DUN Sg. Limau tidak menunggu masa yang lama untuk mendahului hasil dorongan yang cantik disudahkan oleh pemain berjersi 10 (Iman Aliff Hamzah). Beberapa cubaan yang menarik dapat ditampilkan namum penyudah yang tidak disempurnakan. DUN Sg. Limau Berjaya mengatasi DUN Bakar Arang dengan 1-0.

Perlawanan untuk menentukan Johon Kumpulan B antara DUN Bukit selambau menentang DUN Sg. Limau. DUN Sg. Limau memerlukan kemenangan bagi membolehkan menjadi pendahulu Liga Kumpulan B sebaliknya DUN Bukit Selambau hanya memerlukan seri untuk melayakan mereka sebagai pendahulu Kumpulan B dimana sebelum perlawanan bermula DUN Bukit Selambau berkongsi mata dengan DUN Sg. Limau setelah kemenangan dicapai namun beza jaringan yang memisahkan kedua pasukan ini.

Pemain DUN Sg. Limau dilihat turun dengan keadaan tertekan dimana memerlukan kemenangan. Serangan balas yang dilakukan oleh pasukan DUN Bukit Selambau membuahkan hasil dimana kelalaian pertahanan DUN Sg. Limau melakukan kesilapan tidak mengeluarkan bola dari kawasan gol. Penyerang DUN Bukit Selambau menggunakan peluang terhidang untuk mendahului dengan jaringan 1-0. Bemula separuh masa kedua dilihat DUN Sg. Limau melakukan beberapa pertukaran namun tidak berjaya mengubah kedudukan namun sebaliknya DUN Bukit Selambau Berjaya menambah jaringan hasil percubaan yang menarik dari luar penjuru kanan kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol DUN Sg. Limau.

Juara Zon 5 antara DUN Bukit Selambau menentang DUN Pantai Merdeka ditentukan melalui sepakan penalti setelah terikat 1-1. Sepakan ke 5 dari Dun Pantai Merdeka dinafikan oleh penjaga gol DUN Bakar Arang. Pemain berjersi 8 DUN Bukit Selambau menyempurkan sepakan penali ke 5 dan DUN Bukit Selambau muncul Johan Zon 5.

SEKALUNG UCAPAN TAHNIAH BUAT PASUKAN DUN SG. LIMAU. WALAUPUN TEWAS DIHARAPKAN PEMAIN DAN PENGURUSAN TIDAK PUTUS ASA.

"BERJUANG SEHINGGA WISEL TERAKHIR"

Selasa, 20 April 2010

Laluan Sukar Buat Padang Lumat Fc untuk Piala Y.A.B Menteri Besar

Setelah lebih dua bulan berehat dari pertandingan besar untuk daerah, kini kejohanan Liga Bola Sepak Piala Y.A.B Menteri Besar Kedah (22 Mei 2010) pula menjadi taruhan pasukan ini. Berbagai persediaan telah dilakukan oleh pasukan Padang Lumat Fc seperti mengadakan beberapa perlawanan persahabatan setiap minggu bagi mendapatkan kesefahaman dalam pasukan. Rata-rata pemain sudah bersedia untuk mengharungi pertandingan ini dan pemain-pemain juga bebas dari kecederaan. Sepanjang tempoh rehat yang panjang ini, pasukan telah mengambil beberapa langkah bagi memantapkan lagi pasukan dimana pengurusan telah dirombak serta penampilan beberapa muka baru dalam pasukan.

Padang Lumat Fc (Sg. Limau) di undi bersama pasukan dari Bkt. Selambau dan Bakar Arang untuk kumpulan A bagi Zon 5 manakala kumpulan A terdiri dari tuan rumah (Guar Chempedak, Tanjong Dawai dan Pantai Merdeka. Padang lumat dilihat sebagai pasukan bukan pilihan dalam kumpulan A. Perlawanan akan diadakan di Stadium Mini Guar Chempedak. Johan Kumpulan A akan menentang Johan Kunpulan B bagi menetukan wakil untuk zon 5. Johan bagi zon akan membawa pulang RM 1500.00 manakala johan untuk liga bolasepak Y.A.B Menteri Besar bakal membawa pulang RM5000.00 beserta piala.

Kepada beberapa penaja yang telah menampilkan diri bagi menaja pasukan ini, sekalung ucapan terima kasih di ucapkan kerana berani dan yakin terhadap pasukan Padang Lumat Fc serta masih menyanyangi bola sepak Malaysia.

Buat pasukan Padang Lumat FC semoga berjaya dalam pertandingan pada kali ni....!!!!!


"Berjuang Sehingga Wisel Terakhir"

Selasa, 30 Mac 2010

Kenari sebelah kaki ke final FA

Di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Kedah memperoleh kelebihan apabila aksi bertenaga mereka berjaya membenam Terengganu 2-0.

Gol pembukaan skuad Kenari disempurnakan oleh Mohd. Faizal Abu Bakar pada minit ke-28.

Mohd. Fiazal bijak mengambil peluang akibat kesilapan pemain tengah Terengganu, Hariri Md. Safii, yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan penalti.

Azlan Ismail memastikan Kedah mendapat bekalan selesa menjelang pertembungan separuh akhir kedua di tempat sendiri, apabila menyumbat gol kedua Kedah pada minit ke-57.

Segala-galanya bermula apabila Azlan berjaya menyambar bola sepakan bebas Badrol Bakhtiar di dalam petak penalti, sebelum percubaannya tepat ke gawang.

Menyedari ketinggalan, Terengganu melakukan serangan balas menerusi percubaan Mohd. Ashaari Shamsuddin pada minit ke-63.

Pemain itu menerima bola hasil sepakan bebas Zairo Anar Zalani, namun tandukannya terkena tiang gol.

Dua minit kemudian, skuad Penyu sekali lagi gagal menyempurnakan serangan menerusi Mohd. Firdaus Fauzi.

Gerakan pemain itu lebih awal dihalang oleh pertahanan Kedah, yang membolehkan penjaga gol, Mohd. Helmi Eliza Elias mudah menampan bola.

Kedua-dua pasukan mempamerkan persembahan seimbang, apabila masing-masing membuat serangan bertubi-tubi pada perlawanan di atas padang licin, ekoran hujan lebat pada awal perlawanan.

Separuh masa pertama menyaksikan Kedah memulakan asakan, sehingga mendapat empat sepakan bebas, namun semua percubaan mereka gagal menembusi gawang.

Badrol Bakhtiar turut gagal menyempurnakan peluang hasil sepakan sudut pada minit ke-14, apabila percubaannya diselamatkan oleh penjaga gol Terengganu, Mohd. Sharbinee Allawee.

Perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsung Sabtu ini.



sumber http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm

Isnin, 29 Mac 2010

Pesanan Buat Sahabatku

12 WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untukmencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untukberdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:-
· Semasa Lailatul-Qadar.
· Ketika hujan turun.
· Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
· Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
· Di tengah malam.
· Di antara azan dan iqamah.
· Ketika sujud dalam solat.
· Ketika iktidal akhir dalam solat.
· Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
· Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan
· sepertiga akhir (waktu sahur).
· Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat keranamengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yangterletakdi antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
· Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

Rabu, 24 Mac 2010

Mentor Padang Lumat Fc

Kedah FA

Persatuan Bola Sepak Kedah (Football Association of Kedah) merupakan wakil negeri Kedah dalam pertandingan bola sepak di Malaysia. Stadium pasukan ini ialah Stadium Darul Aman di Alor Star. Kedah merupakan juara bertahan divisyen teratas Liga Malaysia, Liga Super Malaysia. Kedah juga merupakan juara bertahan Piala Malaysia dan Piala FA.

Kedah telah memenangi kejohanan liga tiga kali (1993, 2007 & 2008), Piala Malaysia empat kali (1990, 1993, 2007 & 2008) dan Piala FA tiga kali (1996, 2007 & 2008). Pencapaian Kedah menjadi johan tiga piala dua musim berturut-turut menjadikan Kedah selaku pasukan pertama Malaysia yang berjaya berbuat demikian.

Pencapaian

KejuaraanJuaraNaib Juara
Liga Juara-Juara AFC1994 (Pusingan Pertama)
Piala AFC2008 (Suku Akhir)
Piala Malaysia (4x)1990, 1993, 2007, 20081940, 1987, 1988, 1989, 1992, 2004
Divisyen 1/Perdana 1/Liga 1 (3x)1993, 2007, 20081994, 1996, 1997, 2003
Divisyen 2/Perdana 2/Liga Perdana (3x)1992, 2002, 20062005 (Kumpulan A)
Piala FA Malaysia (3x)1996, 2007,2008
Piala Sultan Ahmad Shah (2x)1991, 19941997, 2008

Kedudukan Kelab Dunia

1 Jun 2007 - 30 Mei 2008

BulanPosisiKedudukan
1 Jun 07 - 30 Nov 07395-
1 Jun 07 - 31 Dis 07346+49
1 Jun 07 - 31 Jan 08285+61
1 Jun 07 - 29 Feb 08288-3
1 Jun 07 - 31 Mac 08266+22
1 Jun 07 - 30 Apr 08145+121
1 Jun 07 - 31 Mei 08149-4
1 Jun 07 - 30 Jun 08163-14
1 Jun 07 - 31 Jul 08111+52
1 Sept 07 - 31 Ogos 08160-49

Nota: Kedudukan daripada IFFHS











Isnin, 15 Mac 2010

Penaja

Perlawanan bagi menentukan tempat ke 3 dan 4 akan diadakan pada 19.03.2010 ini. Persiapan untuk perlawanan tersebut telah diperkemaskan oleh pasukan Padang Lumat FC terutama diberi penekanan di bahagian serangan yang agak tumpul. Walaupun tewas di peringkat separuh akhir, namun moral setiap pemain tidak terganggu malah masih bersemangan untuk memenangi perlawanan berkenaan. Kembalinya beberapa pemain ke dalam pasukan setelah mengalami kecederaan dan digantung perlawanan. Diharapkan penyokong-penyokong Padang Lumat FC akan membanjiri Stadium Mini Pantai Murni, Yan.

Selepas melabuh tirai Piala Brig. Jen (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom, dikhabarkan terdapat satu(1) lagi Piala yang akan dipertandingkan. Pasukan mengharapkan beberapa penaja akan tampil untuk menaja pasukan ini bagi mengharungi beberapa piala sepanjang musim 2010.

Sabtu, 13 Mac 2010

Separuh Akhir

Terlebih dahulu TAHNIAH kepada pemain-pemain Padang Lumat FC yang telah membawa pasukan ini sehingga ke separuh akhir. Tidak lupa juga buat penyokong pasukan Padang Lumat FC yang sanggup turun bagi menyaksikan pasukan ini beraksi.

Pada hari Sabtu (13.03.2010) berlangsung separuh akhir Piala Brig. Jen. (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom yang dilangsungkan di Stadium Mini Pantai Murni, Yan, Kedah. Hujan mula turun mulai jam 4.30ptg, namun ia tidak merencatkan jadual perlawanan. Peminat bola sepak mulai membanjiri stadium mini mulai jam 4 ptg bagi tidak melepaskan peluang untuk menonton perlawanan yang hebat diantara Purnama Gemilang Vs Padang Lumat Fc.

Padang Lumat Fc turun dengan jersi tuah kuning biru manakala pasukan Purnama Gemilang pula turun dengan jersi hijau putih. Sepak mula dilakukan oleh Purnama Gemilang, walaupun beraksi dalam keadaan hujan pemain dapat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan keadaan padang yang agak licin. Perlawanan bermula dengan kedua-dua pasukan agak berhati-hati. Gol pendahuluan Padang Lumat FC menjelma hasil gerakkan cantik yang berjaya disudahkan oleh pemain sayap kanan Dzulfadli(jambu). Menuju 10 minit terakhir separuh masa pertama, sepakan percuma di tengah padang yang dilakukan oleh pemain Purnama Gemilang mendatangkan hasil apabila bola lambongan yang dilakukan tidak berjaya di tangkap kemas oleh penjaga gol Padang Lumat Fc.

Separuh masa kedua bermula dan hujan telah reda, kedua-dua pasukan rancak melancarkan serangan ke kubu lawan. Pada minit ke 65, gerakkan yang dilakukan oleh Padang Lumat Fc mendapat peluang namun penyudah yang sempuran tidak dapat dihasilkan. Kedudukan 1-1 sehingga tamat perlawana dan mengheret ke sepakan penalti. Kemenangan berpihak kepada pasukan Purnama Gemilang dengan 3-2.

19.03.2010 akan berlangsung perlawanan tempat ke 3 dan ke 4 manakala perlawanan akhir untuk merebut johon dan naib johon diadakan pada 20.03.2010.